MOOC Challenge USM

 

Pengenalan

  • mooc2

  • Massive Open Online Course (MOOC) adalah kursus dalam talian yang berstruktur, disasarkan untuk penyertaan secara besar-besaran (tanpa had) dan boleh diakses secara percuma melalui Internet. MOOC menyediakan platform untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan kepada sesiapa sahaja yang bermotivasi untuk belajar. MOOC menggabungkan bahan kursus/pengajaran tradisional dan moden seperti video, bacaan, tugasan dan aktiviti pembelajaran lain. MOOC juga menyediakan forum pengguna interaktif yang membantu membina komuniti untuk pelajar dan tenaga pengajar.

     

    Selaras dengan agenda Lonjakan ke-9 Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global bagi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015–2025 (Pendidikan Tinggi), pertandingan ini adalah sebagai satu inisiatif untuk mengiktiraf ahli akademik yang telah mengambil langkah terkehadapan dengan membangunkan kursus MOOC berkualiti di Universiti Sains Malaysia. Ia juga adalah wadah bagi mengiktiraf ahli akademik dan pusat pengajian yang telah memanfaatkan teknologi, khususnya MOOC, dalam mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta memperluaskan akses dalam pembelajaran sepanjang hayat.

  •  

 

 

Syarat

  1. Terbuka kepada kakitangan akademik USM yang berhasrat menawarkan kursus-kursus pengajian kepada pelajar atau orang awam bagi Semester 1 Sidang Akademik 2022/2023 (amat digalakkan kepada pemegang lesen OpenLearning).
  2. Kakitangan akademik boleh membangunkan MOOC daripada kursus yang diajar di USM mahupun kursus bebas.
  3. MOOC boleh dibangunkan secara individu atau berkumpulan (maksimum 10 pembangun).
  4. MOOC yang telah siap dibangunkan sebelum tahun 2022 tidak layak menyertai pertandingan ini.
  5. Pendaftaran pertandingan hendaklah dibuat melalui borang dalam talian di pautan berikut: Pendaftaran MOOC Challenge
  6. Tarikh tutup pendaftaran penyertaan: 15 Mac 2022, jam 10.00 pagi  dilanjutkan sehingga 8 April 2022
  7. Tarikh tutup penghantaran MOOC lengkap: 15 September 2022,  dilanjutkan sehingga 15 Oktober 2022.
  8. Setiap kursus MOOC yang telah lengkap boleh membuat permohonan hak cipta untuk karya yang dihasilkan sendiri di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

 

Kriteria MOOC

  1. Setiap kursus mempunyai sekurang-kurangnya 5 modul lengkap, boleh dibuat dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
  2. Mengandungi video pengenalan kursus berdurasi kurang 3 minit.
  3. Sinopsis kursus yang panjangnya 100 - 200 patah perkataan.
  4. Hasil pembelajaran kursus dinyatakan dengan jelas, merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai (kemahiran insaniah) yang bakal pelajar peroleh.
  5. Sebarang keperluan pengetahuan prasyarat kursus perlu dinyatakan dengan jelas.
  6. MOOC yang dibangunkan perlu mengandungi sekurang-kurangnya:
    1. 2 video pembelajaran yang dibangunkan sendiri yang berdurasi 5 hingga 10 minit
    2. Satu aktiviti bagi setiap modul
    3. Satu pentaksiran/penilaian bagi setiap modul
  1. Maklumat instruktor dan afiliasi institusi termasuk nama, gambar, kelulusan akademik dan emel/id media sosial dan bidang pengkhususan perlu dinyatakan.
  2. Penjurian MOOC akan menitikberatkan elemen reka bentuk interaktif dalam pembangunan kursus.
  3. Setiap MOOC yang memenuhi kriteria akan dimasukkan ke dalam platform USM MOOC.

 

 

 

Contoh MOOC

Berikut adalah beberapa contoh MOOC untuk dijadikan panduan. Boleh klik pada gambar MOOC untuk melihat lebih lanjut tentang MOOC tersebut.

  • teaching by design

     

  • english in the media

     

  •  

     

  • mechanical vibration2

     

  • animation2

     

  • winning

     

Pemenang MOOC Challenge 2020 & 2021

 

  

 

  •  

  •  

 

Hadiah

Pertama: Wang tunai RM3000 + sijil

Kedua: Wang tunai RM2,000 + sijil      

Ketiga: Wang tunai RM1,000 + sijil

Sagu hati: Wang tunai RM500 + sijil (untuk 10 pemenang)

Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta terlibat.

 

Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Pn. Hazwani (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., no. ext 6023)

Pn. Norliza (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., no. ext 5982)

Pn. Halimatul (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., no. ext 6242)