Skip to main content

Centre for Development of Academic Excellence (CDAE) |  Kampus Induk

Anugerah Pendidik Sanjungan (APS)

APS atau Anugerah Pendidik Sanjungan USM bertujuan memberi pengiktirafan dan sanjungan kepada pensyarah dan tenaga pengajar USM yang telah melaksanakan tanggungjawab pengajaran dan/atau penyeliaan pelajar dengan penuh dedikasi, komited, dan sempurna untuk memastikan USM menghasilkan graduan yang berkualiti tinggi.

Pengajaran dalam konteks ini didefinisikan sebagai “aktiviti kreatif yang direka bentuk untuk meningkatkan pembelajaran dan mengembangkan kebolehan, bakat serta minat pelajar dalam mengamalkan ilmu secara bijaksana sebagai insan yang cemerlang dan seimbang”.