Skip to main content

Centre for Development of Academic Excellence (CDAE) |  Kampus Induk

Penyelaras Latihan PdP-PTJ (Pengajaran dan Pembelajaran)

 

LATAR BELAKANG ​

Seiring dengan komitmen berterusan Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik (CDAE) untuk meningkatkan kompetensi PdP dalam kalangan staf akademik, CDAE telah mengambil inisiatif mewujudkan pasukan penyelaras latihan PdP (Penyelaras Latihan PdP-PTJ) yang terdiri daripada wakil-wakil di pusat pengajian/PTJ. Langkah ini sekaligus bertujuan untuk membantu staf akademik di PTJ agar sentiasa dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran terkini dalam konteks PdP secara berterusan. ​

Sehubungan ini, susulan cadangan pelantikan oleh Dekan pusat pengajian/Ketua PTJ, pihak Universiti melantik seramai 56 orang staf sebagai Penyelaras dan Pembantu Penyelaras Latihan PdP-PTJ. Lantikan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2024. ​​

Peranan utama Penyelaras dan Pembantu Penyelaras Latihan PdP-PTJ ialah membantu Dekan/Timbalan Dekan untuk mengenal pasti keperluan latihan PdP staf akademik seterusnya merancang, mengawal selia dan memantau pelaksanaan aktiviti latihan tersebut di peringkat PTJ. Dalam hal ini, CDAE amat berhasrat untuk memberikan sokongan sekaligus memantapkan ‘engagement’ yang lebih berstruktur dalam gerak kerja di PTJ bagi menjayakan pelaksanaan aktiviti latihan PdP secara berterusan. ​

Semoga langkah ini dapat membuahkan hasil dan manafaat demi kebaikan PTJ dan Universiti keseluruhannya. ​

Tahniah dan syabas.

 

SENARAI PENYELARAS LATIHAN PDP-PTJ

Senarai Terkini Penyelaras dan Pembantu Penyelaras Latihan PdP-PTJ
(Lantikan 1 Januari 2023 - 31 Disember 2024)

Klik sini